1. Bahang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 Malaysia yang bakal diadakan pada
bila-bila masa sahaja menjadi lebih hangat dengan isu calon muslim apabila
bertembung dengan calon non muslim di satu-satu kawasan. Sama ada di peringkat
Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat (Parlimen), terdapat pandangan
daripada satu kumpulan yang mengharamkan undi kepada non muslim. Adakah tepat istinbat
(kaedah keluar) hukum ini?
gambar hiasan
2. Kumpulan ini juga menegaskan bahawa hukum ini terpakai walaupun pertembungan
berlaku di antara calon muslim yang jahat dengan calon non muslim yang baik.
Kayu ukur mereka adalah agama, walaupun seseorang itu jahat dan zalim tetapi
jika beragama Islam maka kita wajib undi dan sokong kerana lebih ‘afdhal’
berbanding non muslim yang baik tadi. Selain itu mereka menganggap dengan
mengundi non muslim sehingga menyebabkan menang, ini membawa kepada wilayah
(kekuasaan) non muslim ke atas orang-orang Islam.
3. Mereka menyandarkan hukum ini kepada beberapa dalil ayat
al-Qur’an, antaranya firman Allah SWT dalam surah al-Nisaa’ ayat 141:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
Maksudnya:
Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk
membinasakan orang-orang yang beriman.
4. Seringkali juga mereka bersandarkan firman Alah Azza wa
Jalla dalam surah Ali Imran ayat 28:
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ
دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَنْ يَفْعَلْ
ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ
إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ
Maksudnya:
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman
rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan
yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam
sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang
ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).
5. Juga firman Allah SWT yang mempunyai sighah yang
sama dalam surah al-Nisaa’ ayat 144:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ
أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
ۚ
Maksudnya: Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi
teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
TELITI
DALAM ISTINBAT
6. Ayat-ayat ini secara
zahirnya melarang kita daripada mengambil non muslim sebagai kawan, penolong,
dan termasuk juga calon untuk diundi hingga menjadi ketua yang mempunyai kuasa.
Namun istinbat hukum haram mengundi calon non muslim
menerusi ayat ini memerlukan ketelitian dan penguasaan ilmu Usul al-Feqh. Ini kerana
tidak semua teks ayat al-Qur’an boleh kita bergantung kepada zahirnya sahaja,
bahkan terdapat ayat-ayat al-Qur’an pada dalalah (pendalilan) hukumnya adalah
mu’allalah (bersebab). Selain adakah ia bersifat mutlak kepada
semua non muslim atau muqaiyyad (terikat) untuk sebahagian daripada
mereka sahaja? Seterusnya adakah kita telah kumpulkan semua ayat al-Qur’an yang
berkaitan dengan non muslim sehingga kita boleh buat kesimpulan dan istinbat
hukum haram?
7. Mungkin kumpulan tadi terlupa atau tidak bertemu dengan
firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9:
لَا
يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ
الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ
وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ
أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا
إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ
الْمُقْسِطِينَ . إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ
فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ
مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا
عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ
ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ
الظَّالِمُونَ.
Maksudnya:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada
menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk
mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim.
8. Menerusi ayat ini,
Allah Azza wa Jalla telah membahagikan non muslim kepada dua kumpulan; pertama
adalah yang baik kepada orang-orang Islam, tidak memerangi dan mengusir muslimin
dari kediaman mereka. Manakala kumpulan kedua adalah yang memusuhi, ,memerangi
dan mengeluarkan orang-orang Islam dari rumah-rumah mereka. Kumpulan ini
seperti Musyrikin Mekah yang telah menyakiti dan menghalau nabi SAW dan umat
Islam. Inilah kumpulan yang kita tidak boleh berkawan dan mengundi mereka. Adapun
kumpulan yang pertama, kita tidak dilarang untuk berkawan dan mengundi mereka
berdasarkan dalalatu al-nas yang tidak perlukan sebarang ta’wil.
Maka ayat ini telah mengikat (qayd) mutlaknya ayat-ayat yang digunakan
oleh kumpulan yang mengharamkan undi kepada non muslim.
9. Di
samping itu, ayat yang melarang kita mengambil non muslim sebagai kawan rapat
serta penolong, illah (sebab) nya bukan semata-mata kufurnya mereka
kepada Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 1:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ
وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ
مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَنْ تُؤْمِنُوا
بِاللَّهِ رَبِّكُمْ
Maksudnya: Wahai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman
rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka dengan sebab hubungan baik dan
kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur
ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah
mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan juga mengeluarkan kamu disebabkan kamu
beriman kepada Allah Tuhan kamu.
10. Ayat
ini telah menafsirkan ayat-ayat yang awal di atas, bahawa larangan Allah Azza wa
Jalla menjadikan non muslim sebagai kawan rapat dan penolong bukan hanya kerana
tidak berimannya mereka, tetapi juga bergabung dengan illah (sebab) lain
iaitu menghalau dan mengusir nabi SAW dan umat Islam daripada kediaman mereka
tanpa hak. Oleh itu, jika seorang non muslim hanya sekadar tidak beriman tanpa illah
(sebab) kedua iaitu menghalau, maka tiada larangan.
11. Ini
lebih jelas lagi dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 22:
لَا تَجِدُ قَوْمًا
يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
Maksudnya:
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
rasulNya,
12. Daripada ayat ini menunjukkan
bahawa larangan berkawan dan menyokong non muslim adalah bagi yang menentang Islam.
Maka mafhumnya adalah sebaliknya iaitu tiada larangan bagi non muslim yang
tidak menentang Islam. Persoalannya ialah bagaimana pula dengan calon muslim
yang terang-terang menentang, mempersenda dan menolak Islam menerusi ucapan dan
tulisan meraka?
13. Mengetahui perbahasan
ayat-ayat di atas menjadikan kita faham dan memperhalusi maksud muwalat (penguasaan)
non muslim yang sebenarnya dilarang oleh Islam. Dengan kefahaman tersebut kita
terhindar daripada kesilapan memetik dan istinbat hukum hanya kerana baru
berjumpa dengan satu ayat al-Qur’an yang belum tentu dalalah
(pendalilan) nya qat’ie (putus dan pasti). Ia keliru dan mengelirukan!
14. Calon
yang menang dalam pilihanraya nanti bakal menjadi seorang wakil rakyat bukannya
khalifah, Imam atau ketua negara. Itu pun bukannya wakil kepada kesemua rakyat
tetapi hanya mewakili satu juzu’ daripada jumlah rakyat di seluruh negara
(kerusi Parlimen) atau negeri (kerusi DUN). Al-Qaradhawi menjelaskan:
Sesungguhnya al-niyabah
(perwakilan) ini merupakan wakil kepada sebahagian orang ramai dalam kawasan
tertentu, ia tidak dianggap dalam bab al-imarah (kepimpinan) dan al-wilayah (kekuasaan)
yang hadith melarang bersungguh-sungguh atau memintanya. Seorang wakil (rakyat)
bukannya ketua, menteri atau gabenor, tetapi dia mewakili kawasannya dalam dewan
yang berfungsi untuk menegur kepimpinan, penguasa dan para menteri. Oleh itu,
dia menegur bukannya yang ditegur. (al-Qaradhawi: Min Fiqh al-Daulah fi
al-Islam, Dar al-Syuruq, hlmn 194)
KUASA
TERHAD
15. Kuasa seorang wakil
rakyat di Malaysia terhad dan terbatas, dikawal dan terikat dengan
undang-undang serta perlembagaan negara. Apatah lagi ingin menyentuh sebarang
urusan yang berkaitan dengan agama Islam, perlu melepasi dan mendapat perkenan
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Majlis Raja-raja. Tambahan pula
jumlah non muslim tidak majoriti dalam DUN atau Parlimen. Dan pasti wakil-wakil
rakyat muslim akan bersuara dan berperanan mempertahankan. Melainkan jika
mereka hanya datang untuk tunjuk muka kepada ‘bos’ serta klim tambang hadir
persidangan semata-mata!
16. Tidak
mempunyai kuasa penuh dan terhad ini yang menyebabkan al-Mawardi (450H)
membenarkan ahli al-Zimmah boleh dilantik menjadi menteri yang hanya bersifat
membantu melaksanakan dan melicinkan kerja seorang ketua negara. Kata
al-Mawardi:
Harus
seorang menteri (tanfiz) itu daripada ahli a-Zimmah meskipun dia tidak boleh memegang
jawatan menteri tafwidh (mendapat kuasa). Perbezaan di antara kedua-dua
kementerian ini berdasarkan perbezaan dua kuasa, yang demikian itu dari empat
aspek; salah satunya ialah menteri tafwidh berkuasa untuk menentukan hukum dan
menghapuskan kezaliman, sedang ini tiada pada menteri tanfiz. (al-Mawardi:
al-Ahkam al-Sultaniyah, Dar al-Kutub al-Ilmiah, hlmn 28)
17. Menurut
al-Mawardi, menteri tanfiz (pelaksana) bidang kuasanya tertakluk kepada
arahan imam (ketua negara). Ini berbeza dengan menteri tafwidh yang
mendapat kuasa penuh untuk melakukan sebarang tindakan berdasarkan kehendak dan
pendapatnya. Abu Ya’la al-Farra’ (458H) juga menyokong pendapat ini, iaitu dalam
hal tiada kuasa penuh bahkan terbatas dan terhad, katanya:
Dan al-Kharqi menyebut sesuatu yang menunjukkan
bahawa harus seorang menteri tanfiz itu dalam kalangan ahli al-Zimmah, kerana
dia membenarkan pemberian satu juzu’ daripada zakat kepada mereka jika mereka
menjadi amil, lalu diberikan kepada mereka hak ke atas kerja mereka. Ini menunjukkan
hukum harus perlantikan mereka. (Abu Ya’la:
al-Ahkam al-Sultaniyah)
18. Hal ini tidak
bercanggah dengan pendapat Imam al-Haramain al-Juwaini (478H) yang tidak
membenarkan ahli al-Zimmah memegang jawatan menteri. Kerana yang dimaksudkan
oleh al-Juwaini adalah menteri yang mempunyai kuasa penuh dan bebas dalam
bertindak, serta berkaitan dengan syarat periwayatan dan persaksian, kerana
wakil rakyat di Malaysia
tidak begitu sifatnya. Al-Juwaini menyatakan:
Sesungguhnya kepercayaan perlu untuk dijaga, seorang zimmi itu tidak boleh
dipercayai dalam perbuatan dan kata-katanya, begitu juga gerak-gerinya.
Periwayatannya ditolak, demikian juga dengan persaksiannya ke atas orang-orang
Islam, jadi bagaimanakah diterima kata-katanya pada perkara yang bakal menjadi
sandaran dan rujukan imam (ketua negara) orang-orang Islam. (al-Juwaini: Ghiyath al-Umam fi al-Tiath al-Dzulam, Dar al-Dakwah,
hlmn 114)
19. Ini dalam hal melantik menteri, adapun wakil rakyat ia lebih
rendah darjatnya dan tidak sepenting jawatan menteri. Keadaan dan sistem yang
berbeza juga menyebabkan kita perlu menilai dan meneliti setiap perbezaan
ungkapan para ulama’. Yang salah bukan pandangan mereka, tetapi kita yang
sering silap menggunakan secara pukul rata untuk semua perkara sedangkan
konteksnya berbeza. Sistem pentadbiran negara Malaysia yang berasaskan demokrasi
berperlembagaan tidak sama dengan sistem khalifah pada kurun-kurun awal Islam. Walaupun
berkongsi istilah seumpama menteri dan kementerian, namun ia belum tentu sama
pada perlaksanaannya.
20. Selepas tiada teks dalil yang qat’ie (putus dan
pasti) melarang daripada mengundi calon non muslim dalam PRU, maka masolih
mursalah menjadi sandaran kepada keharusan hukum mengundi mereka. Ini
kerana kita tidak boleh menafikan kewujudan mereka di Malaysia yang mewakili hampir 40 peratus
daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia . Mereka akan mewakili
suara non muslim di dalam sidang DUN atau Parlimen. Maka maslahat dan
kepentingan wujud di sini untuk didengar pandangan serta tuntutan mereka guna
memelihara hak mereka yang dijamin oleh Islam sebagai kumpulan minoriti.
21. Jangan kerana
ingin menang mudah dalam PRU dan menafikan hak orang lain, dengan senang kita
meletakkan hukum haram mengundi calon non muslim. Tindakan ini bakal mematikan
keanjalan dan kesyumulan syari’at Islam sebagaimana para sahabat yang telah
menyebabkan kematian sahabat mereka sehingga ditegur oleh nabi SAW kerana
kesilapan memberi fatwa. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA katanya:
أَصَابَ رَجُلًا جُرْحٌ
في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه
وسلم ثُمَّ احْتَلَمَ فَأُمِرَ
بِالِاغْتِسَالِ فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ فَبَلَغَ ذلك رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال قَتَلُوهُ قَتَلَهُمْ الله أَلَمْ يَكُنْ
شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالَ
Maksudnya: Seorang lelaki cedera pada zaman nabi SAW, kemudian bermimpi,
disuruh kepadanya mandi, lalu dia pun mandi dan meninggal dunia. Kisah itu
sampai ke pengetahuan nabi SAW lalu nabi bersabda: mereka telah membunuhnya,
Allah akan membunuh mereka. Bukankah ubat bagi orang yang tidak tahu adalah
bertanya. (Riwayat Abu Daud)
22. Kesimpulannya, tiada dalil qat’ie yang melarang untuk
mengundi calon non muslim dalam PRU di Malaysia. Ia termasuk dalam siasah
syar’iyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan mereka atas dasar
maslahat kumpulan minoriti. Wallahu a’lam.
Anhar
Opir
29 Rabi’
al-Akhir 1434H Sweileh, Amman


Terima Kasih atas pencerahan ini Ustaz...
BalasPadamHarith Faruqi Sidek: jazakallah khairan ya akhi
BalasPadamSalam tuan, terima kasih atas penyerahan isu ini. Insha Allah akan di sebar luas agar dpt menjadi penawar kepada banyak keraguan.....
BalasPadampembetulan perkataan penyerahan kepada pencerahan (maklum)
BalasPadamTepat sekali..JOM KITA UNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA!
BalasPadamWakil rakyat adalah jalan utk sampai kpd wilayah tanfiz iaitu menteri atau exco kerajaan negeri..oleh itu memilih muslim berwibawa adalah amat2 penting..ini pertimbangan yg sebenar.
BalasPadamAlhamdulillah satu pencerahan yang sangat jelas, tetapi sekiranya kita ada calon mualim yang bagus berlawan dgm calon non muslim yang juga bagus maka adalah lebih afdal kalau kita memilih calon muslim yang bagus. Kalau majoriti pengundinya muslim maka adalah lebih tepat lagi bagi parti parti orang muslim menghantar calon muslim utk bertanding. Membenarkan calon non muslim utk mewakili kawasan yg majoriti muslim adalah tindakan yg tidak tepat
BalasPadamSyukran ustaz. Semoga golongan ilmuan seperti ustaz terus berusaha menanamkan kefahaman dalam diri kami orang awam. Moga istiqamah.
BalasPadamminta share ya ustaz..
BalasPadamsyukran ustaz...jazakallah khairan...
BalasPadamSyukran ustaz anhar. :) Alhamdulillah.
BalasPadam1.Seolah2 ISMA nak bgtau pd cina & india : Haram kami undi kamu semua. Tp, silalah undi kami calon Muslim berwibawa.
BalasPadam2. ISMA blum pernah & x de pengalaman pun dlm politik. So...Sape ye calon2 ISMA yg berwibawa sgt dlm politik tu? Cer citer sket??
Bagi saya, Ahli Parlimen / DUN non-Muslim yang mewakili majority Muslim bergantung kepada kebolehan dan keadilan mereka dalam menyelesaikan masalah setempat serta . Sepertimana yang dikatakan dalam post, kalau bertembung antara calon Muslim yang tak berwibawa dengan calon non-Muslim yang berwibawa, lebih afdhal dipilih calon yang lebih berwibawa. Jelas dan nyata di situ di samping method masolih mursalah.
BalasPadamJika berpaksi kepada realiti, pilihan yang ada skrg ini sudah diputuskan, pilih Najib sebagai PM untuk kekalkan pemerintahan BN, atau pilih Anwar sebagai PM untuk ubah kepada PR.
BalasPadamCalon muslim berwibawa ISMA menang mcm mana sekalipun, apa impak yang ISMA boleh bawa? ISMA perlu menelan realiti pilihan adalah Najib atau Anwar sahaja, kekalkan kezaliman BN atau ubah kepada PR. Harus diingat PR dianggotai PAS, jika anda dakwa PAS tiada lead dalam PR sekalipun, PAS tidak akan sekali-kali lebih berkuasa daripada itu jika BN yang menang.
Berpijak pada realiti, BN atau PR. Nak terima atau tidak itulah hakikatnya sekarang. BN dah setuju Najib PM, PR dah setuju Anwar PM.
Yang saya nampak letaknya calon ISMA ini, walaupun buka kawasan PAS bertanding, tetapi merugikan undi PR, maknanya? Menguntungkan BN. Akhirnya? Nak BN terus?
Saya katakan taknak kepada BN!
Setuju
PadamRealiti skrg ialah samaada BN atau PR. Isma atau yg lain tak patut dan tak akan ada impak apa2, malah mungkin membawa kpd lebih perpecahan dan mudarat yg lebih.
BalasPadamRealitinya, calun bangsa Melayu akan lawan dengan calun bangsa Melayu (Umno vs Pas/Pkr). Begitu juga calun Cina/India akan lawan calun dari bangsa yg sama. Jarang2 ianya berlaku calun Cina lawan Melayu, mungkin di Pandan (Rafizi/Pkr vs MCA) dan beberapa tempat yg lain. Jadi dikawasan begitu, lebih afdhal pilih yg ada quwwah dan amanah, serta mengambil kira samaada PR atau BN. Isma atau calun bebas patut dipinggirkan dalam realiti politik skrg.
Ummat Islam skrg rata2 sudah faham, sudah cerdik, sudah celik politik, tahu yg mana fitnah yg mana fakta dan kebenaran. Pas mewakili parti ummat Islam, manakala Umno lebih asyik berjuang untuk bangsa Melayu dan kroni sahaja. Akhlak pemimpin2 Umno jauh bezanya dengan pemimpin2 Pas. Semua rakyat tahu, termasuklah bangsa lain. Cuma Isma yang mungkin tak nampak, walaupun tak buta.
Cukuplah rasanya kita fokus kpd dua kumpulan besar ini, BN atau PR. Pilihlah antara dua pakatan politik itu. Usahlah rasa pandai sgt, rasa lebih cerdik dari orang lain. Pada kami, Isma lebih kepada SS (Syok Sendiri). Fikir2lah dengan lebih matang dan rasional.
Satu pencerahan yg amat diperlukan pada saat2 kecelaruan/kekeliruan yang ditimbulkan setengah2 pihak. Jazakallahukhairan Ustaz - Ummu Khadijah
BalasPadamjzkk
BalasPadammohon share (copy paste)
BalasPadamNegara kita sekarang ke arah sistem 2 parti (BN vs PR) yang baru saja dpt direalisasikan sejak PRU 2008. Ini barulah wujud saingan yang sihat dan rakyat lebih terbela. Tak perlulah ada pihak ke-3 yang mengganggu usaha ini buat masa ini. Jika tidak, sampai bilapun BN akan memerintah dan kezaliman akan berterusan. Kita mahukan perubahan.
BalasPadamsalam. maaf ea. rasanya ini artikel bebas. ustaz ni pun x sebut nama siapa. dan ini pendapat dan pencerahan buat umum. padan la uzar naik hangin sket bila nama dia naek.
BalasPadamhabis semua pendapat yang setuju mengundi non-muslim dibidasnya. macam mana ni... wibawa? wibowo?
http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/jawapan-kepada-tulisan-ustaz-anhar-opir/
BalasPadamSekiranya isma bertanding dan menang maka anda memikul amanah yg besar. Sekiranya x mampu maka dosanya lg besar apatah lg kehadiran anda menyebabkan pecah undi dan kezaliman tidak terhapus bererti anda sama2 mengekalkan kezaliman.
BalasPadamadakah menghantar calon muslim di tempat majoritinya muslim, tapi yang bertanding di situ masing2 kedua2 parti komponen kafir adalah dikatakan sebagai pemecah undi? Tindakan ISMA adalah tuntutan syara' tepat dengan keadaan semasa.
Padaminnalillah.. mohon penulis dan pembaca-pembaca sekalian amati dan fahami apa yang cuba diketengahkan oleh ISMA melalui penglibatan dalam PRU..
BalasPadamPenglibatan dalam PRU bukan semata2 untuk membentuk kerajaan, tapi untuk memberikan pilihan yang bersih dan baik untuk maslahat umat islam bersama.
ISMA tidak pernah memaksa sesiapa mengundi calon-calon ISMA. Malah disuruh undi calon Muslim Berwibawa. Siapa calon Muslim Berwibawa? Kalau dari parti A berwibawa, undilah parti A. Kalau parti B lebih wibawa, undilah parti B. Sejauh mana pun ISMA mampu pecah undi, hanya dengan beberapa kerusi bertanding sahaja? Dan tidak pula bertanding di kawasan yang dah ada calon Muslim.
Saya nasihatkan sebelum anda terima bulat-bulat artikel ini, baca dahulu yang ini dan fikirkan.. http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/jawapan-kepada-tulisan-ustaz-anhar-opir/
Ada kontradic antara tulisan Dr.Anuar Fakhri dengan tulisan Dr.Aznan
PadamSaya suka melihat dari perspektif Dr. Farid Shahran.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamJgn blh kita tukar je umno kepada nama baru ....united Muslim organisation ... kemudian semua pas, NGO Islam pakat kembalikan Islam di tampuknya. x perlu tunjuk sapa plg tahu istinbat.
BalasPadamTerimakasiih ustaz di atas pencerahan ini. Teruskan membimbing golongan awam dan mencari seperti kami. Moga dipermudahkan urusan ustaz di dunia dan akhirat. Amiin.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerima kasih ustaz atas penjelasan yang jelas ini. jzkk
BalasPadamTerima kasih atas pencerahan, memudahkan kami di tanah air...
BalasPadamUstaz Anhar, mohon share bahan untuk rujukan kami..
BalasPadamPendapat tokoh ikhwan Dr. Jamal Badawi,Boleh mengundi non muslim sekali pun mereka tidak simpati terhadap Islam,tapisekurang2nya memilih cthnya calon Presiden yang kurang kerang keras penentangannya terhadap Islam berbanding dengan calon satu lagi.Mengundi mereka tidah bererti kita bersetuju kesemua perkara yg mereka buat...
BalasPadam“I'll just give you one specific example. Suppose you have two candidates for president, for example. Both of them might be not even sympathetic to just Muslim causes, suppose. In most cases that is actually the situation... However, in terms of relative harm and benefit which is a rule of Shariah it may be the collective wisdom, for example, of Muslim voters that one of them would do even greater harm to Muslim causes than the other... Well in that case, obviously, the lesser of the two harms, i.e. electing or voting for someone who will do less harm to Muslims obviously would be much better than sitting on the sidelines and just criticizing both and doing nothing about it... Voting for them and supporting them in elections is not necessarily an agreement with everything that the law, by way of laws and regulations. But at least it would be for that particular, limited purpose.”
1. Saya fikir lebih baik kita ikut coalition party,krn kita perlu lihat manfaatnya secara kully.Lihat manfaatnya dari segi whole picture,menyeluruh.Pada akhirnya kumpulan parti mana yg lebih memberi manfaat kpd umat Islam.Kalu satu dua calon menang,maka calon tersebut tidak banyak boleh memberi manfaat kpd Umat.setakat bersuara bolehlah.Tp sekiranya sesuatu coalition party menang, mereka boleh memerintah negara maka banyak perkara boleh dibuat untuk umat sekalipun terpaksa mengalah dari beberapa segi kpd Rakan coalition.Bila berada dalam coalition sudah tentu ada matlamat party tidak dapat dilaksanakan,tetapi banyak matlamat 2 dapat dilaksanakan kerana ada kuasa.Lihat saja kpd kerajaan Kelantan di bawah PR,bandingkan dgn kerajaan Terengganu di bawah BN.Kerajaan mana yg lebih banyak menjalankan Islam dalam kehidupan.Cuba bandingkan kerajaan Selagor PR dan Johor BN,Kerajaan mana yg lebih bersih dan yg mana lebih dekat dengan Islam.Lihat secara whole picture....dan apa yang boleh dizahirkan di alam realit
BalasPadam